Tuesday, August 26, 2008

Kehilangan

1.44 a.m.

Al-Fatihah kepada : Allahyarham Laudek bin Senong

Assalamualaikum..
Aku baru smpi dari kg. Balik urgent sbb dapat sms pakcik sedara meninggal subuh tadi lebih kurang pukul4 pagi. Aku terus carik transport nak balik kg, ajak kwn baik aku, Nabawi. Selamat dia ada dan aku terpaksa ambik test awal.

Mm..sekalipun aku tidak rapat sgt dengan pakcik ni, tapi dengan keluarga dia setiap kali ada kenduri kawin di side aku, pasti mereka tidak menolak untuk membantu membuat kuih dan menjahit bende2 yang diperlukan. Mereka sgt ringan tulang. Aku mengenali mereka sekeluarga sejak aku kecil dan mereka ini baik2.

Pakcik meninggal akibat sakit tua dikala umur nya mencecah 84 tahun. Sedih di atas pemergian nya. Kali terakhir aku berjumpa lebih kurang sebulan yang lepas. Jumpa dirumah nye ketika aku menghantar kakak saudara ku pulang ke rumahnya. Dia ni seorang lemah lembut dan susah nampak dia marah.

Selesai aku melawat, aku bercadang untuk melawat kubur, tapi hujan yang lebat tidak mengizinkan aku pergi. Hanya mendoakan roh Allahyarham berada digolongan Muslimin yang sentiasa di bwh lembayung NYA.

On the way balik ke KL, emak aku call. Satu lagi cerita sedih menghambat perasaan. Makcik aku (kakak ipar emak aku) yang menetap di Arab Saudi juga pulang menghadapNYA akibat kanser payudara yang sudah kronik. Aku rase sebak sebentar kerana seorang demi seorang saudaraku pulang menyahut seruan Ilahi.

Sekalipun aku tidak mengenali, apatah lagi bersua muka dengan dia, sebagai ahli keluarga rapat dan perasaan sebagai manusia, perasaan sedih telah Allah ciptakan kepada manusia agar dapat rujuk kembali kepada NYA dalam berbagai hal dan peristiwa. Allahyarhamah sekeluarga telah berhijrah ke Mekah sekian lama meninggalkan kampung halaman di selatan tanah air untuk berniaga.

Apa pun, aku sentiasa mendoakan mereka yang telah pergi termasuk Allahyarham Hj Mohamad bin Jaaffar (meninggal 10/01/01) sentiasa dipayungi rahmat ALLAH dunia dan akhiratnya.

Tinggalah noktah dalam kesepian.......



Salam.

No comments: